Perodua Myvi bukanlah kenderaan yang kita biasa kaitkan dengan teknologi swapandu. Akan tetapi, melalui kit yang dikeluarkan oleh Kommu, Myvi boleh diubah menjadi kenderaan swapandu.
Bagaimanapun, teknologi yang ditawarkan adalah tahap 2 swapandu, sama seperti yang ditawarkan pada kenderaan Tesla. Anda masih lagi perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap pengendalian kenderaan anda walaupun kit berkenaan boleh menguruskan beberapa fungsi seperti membelok, memecut dan membrek secara sendiri.
Selain itu, kit ini juga hanya dikhaskan pada Perodua Myvi generasi ketiga sahaja. Malah, penggunaan kit ini juga memerlukan pengesahan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kommu buat masa ini sedang menawarkan set KommuAssist Myvi di Shopee pada harga RM3,599. Buat masa ini, hanya 50 set sahaja yang dijual menerusi laman jualan Kommu di Shopee.













