Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi lapangan terbang pertama di Malaysia yang menerima liputan rangkaian 5G. Perkembangan ini seiring dengan pelaksanaan rangkaian selular generasi kelima ini di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya menjelang hujung tahun ini.

Pelaksanaan liputan rangkaian 5G di KLIA ini merupakan usahasama di antara Malaysia Airports Berhad (MAB) dengan Maxis. Para pengguna di lapangan terbang utama negara ini juga akan menikmati rangkaian Wi-Fi dan 5G sebaik sahaja usaha ini berjaya dilaksanakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh:

“Ini membantu dalam mencipta pengalaman perjalanan baharu yang pintar untuk penumpang.

“Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bersama-sama terlibat dalam penggunaan dan penyelesaian 5G untuk Smart Travel and Tourism serta Smart Retail dan Smart Security.

“Kami berharap perkongsian ini dapat mentransformasikan lapangan terbang menjadi sebuah lapangan terbang pintar,”

Tinggalkan komentar