Kementerian Kesihatan Malaysai (KKM) telah menyediakan data rasmi COVID-19 kepada umum melalui GitHub. Kenyataan ini telah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.
Perkongsian data melalui platform sumber terbuka diharapkan mampu memperluaskan keupayaan analisis kementerian dan menggalakkan penglibatan masyarakat.
Melalui laman rasmi GitHub KKM, anda dapat melihat data-data granular berkenaan pesakit di hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan analisis jangkitan berdasarkan kluster dari KKM.
MOH has introduced open-sourcing our data on the pandemic at GitHub platform: https://t.co/zwJOQ6vB5B
We hope that we can broaden our analysis & leverage on intelligence from all corners of society, & sites like @OurWorldInData pull from our repo & feature our data.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 23, 2021
Kesemua maklumat dimuat naik pada halaman tersebut dan disusun mengikut folder masing-masing dan dikemaskini secara tetap dan berkala. Oleh itu, pelawat akan dapat membuat semakan data rasmi yang terkini. Antaranya, termasuk bilangan kes di dalam negara atau berdasarkan negeri, pesakit yang berada di ICU dan sebagainya melalui repositorinya.
Selain itu, pihak kementerian juga telah membuat keputusan untuk menyertakan data umum berkenaan pergerakan dan penjejakan kontak dari MySejahtera di GitHub. Menurut KP Kesihatan, perkongsian data pergerakan ini diharapkan mampu menyediakan lebih pemahaman berkenaan waktu puncak di sesebuah lokasi.
Keputusan KKM menerbitkan data COVID-19 melalui GitHub ini hadir beberapa minggu selepas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 melancarkan repositorinya di GitHub pada Jun lalu. GitHub JKJAV mengandungi perincian data vaksinasi harian dari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang boleh dilihat atau dimuat turun oleh orang ramai.
KP Kesihatan turut berharap data ini akan digunakan sebaiknya di dalam laman web penyelidikan seperti Our World In Data.