Telefon pintar kini boleh diibaratkan sebagai pendamping yang tidak boleh dipisahkan dengan pengguna hari ini. Segala liku-liku kehidupan, jatuh bangun dan jerit perih dihadapi bersama-sama dengan telefon pintar pilihan masing-masing. Atas sebab itu, kelasakan telefon pintar menjadi faktor penting ketika menghadapinya.
Sebahagian telefon pintar seperti Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G dilihat agak kental dari segi kelasakannya. Sama ada anda membuka atau melipatnya, kedua-dua telefon pintar ini dilindungi dengan ciri kerintangan air, kerangka yang diperkasakan oleh armor-aluminium, lapisan panel yang dioptimumkan dan engsel yang teguh bagi membebaskan dari sebarang kerisauan disamping meneruskan tradisi ketelitian seni pembuatannya.
Bersama-sama bingkai dan pelindung engsel yang diperkasakan dengan Armor-Aluminium serta Corning Gorilla Glass Victus pada skrin cover dan kaca belakangnya, mampu memastikan peranti berkenaan kekal selamat.
Siri Galaxy Z ini juga menyertakan lapisan perlindungan PET yang kenyal dan panel paparan yang dioptimumkan bagi menjadikan skrin utama lebih tahan lama. Selain itu, ia juga menjadikan peranti ini lebih lasak dan juga mampu bertahan dengan hentakan-hentakan kecil yang kadangkala tidak dapat dielakkan.
Menurut Kuba Klawiter, Youtuber bertemakan teknologi popular dari Poland telah melakukan ujian ketahanan terhadap Galaxy Z Flip 3 5G. Menerusi ujian yang beliau lakukan tersebut, Galaxy Z Flip 3 5G yang digunakan oleh beliau mampu bertahan sehingga 418,502 lipatan dengan tempoh penggunaan sehingga 143 jam (5 hari, 22 jam, 30 minit).
Tujuan ujian tersebut dilakukan adalah bagi menunjukkan sejauh mana Galaxy Z Flip 3 mampu bertahan dalam pelbagai bentuk cabaran persekitaran seperti sejuk berais, debu dan pasir.
Banyak perkara yang diluar jangkaan apabila anda berada di luar dan atas sebab itu memiliki telefon pintar yang lasak merupakan sesuatu yang wajar dilakukan.
Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, layari:
- Galaxy Z Fold3 5G: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold3-5g/
- Galaxy Z Flip3 5G: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/













