Kerajaan Russia merancang untuk menggantikan penggunaan komputer sedia ada yang berasaskan sistem operasi Microsoft Windows dengan sistem operasi sumber terbuka seperti Linux. Keputusan ini dibuat berikutan usul supaya syarikat-syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat seperti Google dan Microsoft perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi.
Perancangan untuk menggunakan komputer Linux bakal dilaksanakan di pejabat-pejabat kerajaan di seluruh Russia. Sehingga kini, masih tidak diketahui distribution GNU/Linux apa yang akan diguna pakai.
Perkara ini didedahkan oleh pegawai kerajaan Persekutuan Russia, German Klimenko dalam satu temubual bersama Bloomberg. Selain dari isu cukai terhadap syarikat teknologi Amerika Syarikat, beliau turut memberitahu ini adalah masa yang paling sesuai untuk menggantikan Microsoft Windows dengan sistem operasi Linux. Malah, kerajaan Russia turut merancang mengecat lebih kurang 22,000 bangunan majlis perbandaran mengikut warna tema Linux.
Setakat ini Windows merupakan sistem operasi yang paling popular digunakan di seluruh Russia walaupun kini berdepan dengan rungutan pengguna Windows 10 yang menyentuh isu privasi.
Terdahulu, Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan hasratnya untuk beralih ke perisian sumber terbuka dan mula menggunakan sistem operasi sumber terbuka menjelang 2015.
-Sumber berita diperoleh dari Bloomberg














Salam berblogging… lama tak bw kebelakangan ni. Rusia kuasa besar yg masih belum dpt bangkit… tp tak bermakna mereka tak bijak dan berpandangan sendiri.