Ideologi aku tentang kepimpinan adalah ‘actions speak louder than words‘. Jadinya, kalau aku kena dipertanggungjawabkan untuk incharge sesuatu, nescaya aku akan menjadi orang yang paling penat. Semua kerja aku akan involved. Aku tak suka bagi arahan sebab aku berpegang kepada konsep teamwork. Masing-masing ada peranan.
Cumanya, bila aku yang kena lead satu-satu kerja, bila fail aku akan bertanggungjawab penuh. Kalau dah jadi ketua, memang kena faham tentang the burden of command.
Oleh itu, aku jarang-jarang gatal nak memegang apa-apa jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Nak calonkan diri sendiri untuk memegang jawatan? Ah, itu lagi kerja orang gila.
Justeru, aku lebih senang menumpukan bidang tugas aku yang paling mustahak buat masa ini. Iaitu memimpin keluarga aku dengan berusaha menjadikan diri sebagai suami soleh yang taat perintah Allah.

21 KOMEN

  1. Betul tu.. apa pun, setiap dari kita adalah pemimpin kpd diri kita sendiri.. kelak, kita juga pasti akan dipertanggungjawab ttg burden of command kita terhadap jasad kita sblum perkara2 lain.. wallahualam

  2. kalau dipilih sebagai pemimpin tentulah layak memimpin dan dipercayai sebagai pemimpin, harapan yg diletakan di bahu seorang pemimpin sangat tinggi, sehingga walau terselit sedikit kesilapan akan dipersoalkan, sedangkan pemimpin itu manusia biasa saja tidak maksum sempurna.

  3. aku cukup stress kalo kena vote utk lead apa2 program atau group sekalipun… sbb aku tau itu adalah ‘taktik’ diorang utk mengelat dari kena jadi ketua… hahah, dan seperti biasa kalo ada apa2 yg kurang lepas tu, dgn sesedap rasanya mereka akan mengomel complain itu ini, padahal dorang sndri tak sanggup nak lead pun… hahaa, normal masyarakat manusia mcm tu la… aptb

  4. im on you with this bro..nak jadi leader tu bukan sesuatu yang senang. tapi sometimes ade gak task yang aku lead but depends on the risk la..if it too big biasanya aku akan suruh orang lain handle and im giving them full commitment…

    Regards,
    -Strider-

Tinggalkan komentar