Kemaskini untuk Windows 10 pada tahun ini hadir lebih lewat berbanding tahun sebelumnya yang ditawarkan sekitar bulan April. Pada tahun ini, Microsoft mengumumkan akan mula menawarkan kemaskini terbaru untuk sistem operasi berkenaan sekitar Mei ini.
Kemaskini yang dikenali sebagai Windows 10 May 2019 Update ini akan menawarkan lebih banyak fungsi kawalan untuk penggunanya termasuklah menangguh pemasangan kemaskini sehingga 35 hari. Pengguna juga dibenarkan untuk memilih masa yang dirasakan sesuai untuk memasang kemaskini berbanding sebelum ini yang berlaku secara automatik.
Fungsi ini pastinya akan disambut baik oleh pengguna memandangkan sesetengah pengguna berasa terganggu apabila kemaskini Windows 10 dipasangkan tanpa pengetahuan pengguna sewaktu sedang menjalankan sesuatu tugasan pada komputer.
Pengguna Windows 10 di seluruh dunia dijadualkan bakal menerima kemaskini ini secara berperingkat sekitar Mei 2019 ini.
Sumber berita diperoleh dari Microsoft













