Microsoft bermula lewat petang semalam telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 May 2019 untuk para penggunanya. Kemaskini May 2019 turut merangkumi tema terbaru ‘light’ untuk Windows 10, sokongan Kaomoji (¯_(ツ)_/¯), fungsi ‘sandbox‘ Windows, dan pengasingan fungsi carian Cortana dan Windows.

Microsoft menerbitkan versi pengujiannya untuk pengguna Insider pada bulan lepas. Tempoh yang lebih panjang ini membolehkan Microsoft meneliti sebarang masalah yang berpotensi boleh berlaku untuk diselesaikan.

Bersama-sama kemaskini terbitan terbaru ini, Microsoft turut menawarkan papan pemuka khusus untuk Windows versi terbaru bagi memantau status terbitan kemaskini dan isu-isu yang dikesan pada May 2019 Update serta kemas kini bulanan yang lain.

Ini merupakan sebahagian dari usaha Microsoft untuk lebih berhati-hati terhadap ujian peringkat akhirnya dan lebih telus mengenai isu-isu berbangkit selepas masalah pernah dihadapi pada October 2018 Update.

Anda membuat semakan kemaskini Windows 10 May 2019 secara melalui Windows Update dengan pergi ke Settings > Update & Security > Windows Update dan ‘checking for updates’.

Tinggalkan komentar