Lebih kurang seminggu lagi Google dijangka akan mendedahkan sistem operasi mudah alih versi terkininya dan seperti yang pengguna Android sedia maklum, penerimaan kemaskini perlu menunggu masa yang agak lama. Oleh itu, sistem baru yang dikenali Project Treble diperkenalkan bagi mengatasi masalah kelewatan menerima kemaskini oleh sebahagian besar pengguna-pengguna Android.

Project Treble dijangka bakal hadir ke peranti-peranti baru yang dilengkapi dengan sistem operasi Android O dan ke atas. Ia buat masa ini telah pun diuji dalam pratonton pembangun untuk telefon pintar Pixel.

Google menggelarkan ia sebagaiĀ “modular base for Android,” dan menyatakan ia merupakan perubahan yang besar terhadap senibina sistem peringkat rendah setakat ini. Turut dijelaskan, maklum balas yang diterima dari pengeluar peranti memaklumkan bahawa mengemaskini versi terkini Android pada peranti-peranti sedia ada memerlukan kos yang besar serta masa yang amat panjang. Ianya bukan sekadar mengimplementasikan sebahagian kod-kod baharu dan memastikan perisian serasi dengan perkakasan; tetapi ia turut melibatkan pelbagai peringkat pengesahan.

Carta Alir Kemaskini Sistem Operasi Android

Selepas Google menerbitkan kod sumber terbuka untuk terbitan terkini, pengeluar chip perlu melakukan pengubahsuaian skrip untuk perkakasan masing-masing. Seterusnya, kod berkenaan akan dihantar pengeluar peranti yang kemudiannya akan menggunakan perisian terbaru dengan mengubahkannya pada mana yang perlu. Apabila versi terakhir telah siap disediakan, pengeluar peranti perlu mendapatkan kelulusan dariĀ carrier sebelum kemaskini berkenaan siap untuk dimuat turun ke peranti pengguna.

Project Treble mengurangkan jumlah kod akses perkakasan yang perlu ditulis dengan merangkumkan kesemua sekali ke dalam satu pakej tunggal, di mana pembangun boleh menggunakannya semula pada setiap versi Android yang terkini. Ini menghapuskan keperluan pengeluar chip untuk mengubah suai kod sumber terbuka yang asal dan mempercepatkan proses kelulusan.

Oleh kerana ia digelar sebagai “modular base,” dijangkakan lebih banyak pukal akan hadir kod teras Android. Banyak lagi info yang masih belum didedahkan setakat ini dan mungkin ia bakal diperjelaskan secara terperinci menjelang acara Google I/O yang dijadualkan berlangsung sekitar minggu depan.

Sumber berita diperoleh dari Android Developers Google Blog

Tinggalkan komentar