Sebahagian pengguna Windows 10 telah membuat aduan mengenai pelbagai isu yang timbul selepas sistem operasi mereka dikemaskini. Kemaskini yang dirujuk adalah kemaskini kumulatif Windows 10 KB4549951.
Isu yang timbul dari kemaskini KB4549951 termasuklah menyebabkan masalah pada Bluetooth dan Wi-Fi. Serta menyebabkan masalah sambungan internet, kemerosotan prestasi, masalah Skrin Biru Maut (BSOD) dan hingga berlaku tergendala.
Ini bukanlah kali pertama Microsoft menerbitkan kemaskini yang bermasalah. Beberapa tahun sebelumnya, kemaskini Oktober 2018 Windows 10 dilaporkan mengalami kehilangan fail setelah dikemaskini.
Setakat ini pihak Microsoft masih lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.
Bagi anda yang mengalami masalah yang diakibatkan oleh kemaskini kumulatif ini, langkah terbaik yang boleh dilakukan anda kembali ke versi stabil Windows 10 yang anda pernah gunakan. Langkah sementara ini perlu dilakukan sementara kita menunggu jalan penyelasaian dari pihak Microsoft.













