Sesekali pernah juga mak mengeluh disebabkan aku dan adik lelaki aku. Kami berdua tidak pandai mengambil hati mak. Bukan disebabkan kami tak sayang. Sayang je. Cuma, kami ni tak reti nak tunjukkan kasih sayang kami terhadap mak. Mak ada cakap, kalau anak perempuan mungkin takda la ‘kasar’ seperti kami ni.
![]() |
| Shutterstock |
Kadang-kadang, dalam mengeluh mak tu, ayah pun terbabit sekali. Ayah lain cerita. Dia bekas askar.
Tapi, mak bukan selalu mengeluh pun. Cuma pada Hari Ibu je dia mengeluh. Hari lain, mak OK je dengan kami.
Aku tau, mak nak kami sekeluarga berjalan di tempat-tempat menarik sama macam masa zaman ekonomi kami sekeluarga masih baik seperti dulu. Waktu macam masa ayah bawak kami jalan-jalan berkelah, ziarah keluarga jauh-jauh dan macam-macam lagi yang dapat spend masa bersama-sama. Dah lama tak buat macam tu sejak ekonomi meleset ni.
Usaha dah buat macam-macam. Tapi dok takat tu jugak taraf ekonomi keluarga kami ni. Barang naik cepat sangat sampai tak dapat nak catch-up tambah income untuk buat savings.
Entah lah. Sayu jugak hati bila tak dapat nak tunaikan hajat mak sendiri ni.















kalau spend utk mak dgn ikhlas insyallah murah rezeki.
jgn mengeluh ye..
InsyaAllah adalah jalannya nanti tu, mungkin perlu sikit pengorbanan rm atau seagainya…untuk mak ayah berikan yang terbaik.
Kena ada kesungguhan dik insya-allah boleh
Kakak percaya gembirakan mak dan doa mak boleh membuat murah rezeki..
hari nin kita nampak mcm susah sgt … esok belum tentu . mungkin ada yg lbh baik menanti . menggembirakan hati ibu juga boleh melimpahkan rezeki …
ika selalu amalkan satu perkara untuk murah rezeki…duit gaji kita…duit yang kita dapat hasil titik peluh kita…laburkan laa sedikit untuk mak ayah…bagi mereka sikit gaji kita…insyaAllah..mereka akan doakan kita dimurahkan rezeki…doa ibu bapa untuk anak2 ni senang diterima Allah…jangan kedekut spend duit untuk keluarga…
macam ika, mama selalu refuse kalau ika bagi duit kat mama…tapi i ended up bought something for her…tak perlu tunggu hari ibu, hari jadi or sebagainya..anytime pun boleh…tak perlu mahal2…yang biasa2 pun boleh…
dan banyakkan bersedekah…insyaAllah murah rezeki 🙂
banyakkan berusaha diiringi dengan doa yang tak putus putus. In Syaa Allah, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. salam ziarah 😉
buat mana mampu.kalu tak ada wang kita tak perlu sush payah kita melawat mereka dan luangkan masa utk mereka boleh juga.terkadnag ubu bapa faham kalu ada sornag dua anak di susah dia tak akan minta.kalau jauh call tapi baliklah.duit kalau ada berapa kita mampu kita boleh berikan.
gembirakan ibu bapa itu utama selagi mereka ada.
at this time being cuba bawak mak gi candle light dinner.. mst mak happy..
sok2 dah kumpul duit banyak2 boleh bawak mak gi Umrah pulak.. 🙂
SY jangan risau,kak ana juga seorang ibu …pada jiwa keibuan ni sebenarnya lain dimulut lain dihati..marah,mengeluh atau bebelan sekadar meluah rasa seketika..apabila tenang kembali hanya ada kasih sayang dan kemaafan sahaja didalam hati para ibu..percayalah..ibu SY kenal dan faham akan anak-anaknya lebih dari tuan punya diri…selamat hari ibu buat ibu SY dari kak ana..:)
Usaha jelah ambil hati mak.. Dulu waktu saya thng menghadapi kemerosotan ekonomi yg negatif, saya cuma tarik hati mak & mak mertua dgn cara yg jimat.. alhamdulillah.. berkat juga. Saya ajak dia org layan tazkirah kat mesjid2 yg ada setiap kali dia org dtg umah. Suka juga dia org klu dah 2 -3 kali ajak.. lama2 kita pun jadi slow juga..klu tak pun, ajak dia org layan tazkirah kat utube.. connect kat tv. In shaa Allah.. bolehlah… 🙂
jadi..rajin-rajin la call mak hari-hari.
InsyaAllah akan ada rezeki tu…berusaha dan bermohon padaNYA yer…selalu la call mak n tanya khabar…
yups, kita sama2 cuba gembirakan hati mak sedaya upaya
setakat yang kita mampu
Alamak..macam mana pulak saya boleh lupa hari mak ni…haha
sedihnya… insyaAllah ada peluang la tu nanti. Kalau tak dpt bawak pegi jauh2 pun, pegi yg dekat2 je. Pergi jalan2 kat putrajaya pastu beli kek sebijik dan buat makan2 pun dah okay rasanya. Asalkan raikan mak.
sedihnya.. semoga murah rezeki ek.. sehat selalu.. leh happy kan mak ek
xpe…kita masing2 ada masalah masing2..semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye.. 😀