Pelan internet baru yang diperkenalkan oleh TM awal minggu ini, Unifi Basic akan menghadkan kelajuan capaian kepada 128kbps sebaik sahaja kuota 60GB sebulan habis digunakan. Info berkenaan diperoleh melalui halaman soalan-soalan lazim (FAQ) pelan yang boleh dilanggan pada harga RM79 sebulan ini.

Bagaimanapun, TM tidak menawarkan sebarang pakej penambahan (add-on) data untuk pelan Unifi Basic setakat ini. Oleh yang demikian, kelajuan internet hangpa akan menjadi perlahan yang amat sangat. Lagi perlahan dari Streamyx. Cuma nasib baik tak slow macam talian dial-up TM1515.

Untuk penyelesaian tersebut, pihak TM cuma menasihatkan pelanggannya supaya mempertimbangkan untuk menaik taraf pakej ke Unifi Lite atau Unifi Advance sahaja.

Hampeh. Punah harapan nak dapat internet jalur lebar pada harga mampu milik kalau macam ni la gayanya.

Tinggalkan komentar