Kelajuan internet di Malaysia telah mencatatkan kemajuan sepanjang tahun 2016. Menurut laporan ‘State of the Internet’ yang dikeluarkan oleh Akamai, purata kelajuan internet negara kita telah meningkat kepada 8.2Mbps dan turut mencatatkan peningkatan pada jumlah sambungan berkelajuan tinggi.
Laporan Akamai turut mencatatkan kelajuan internet di Malaysia telah mencatatkan purata kelajuan pada 6.4Mbps pada awal tahun 2016. Catatan ini membawa Malaysia ke tangga ke-74 paling pantas di dunia. Bagaimanapun, menjelang penghujung tahun 2016, kedudukan Malaysia telah melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-66. Cuma, untuk rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia telah jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-10.
Hal ini disebabkan terdapatnya peningkatan pada kualiti internet di Vietnam hingga menolak kedudukan Malaysia dari segi kelajuan internet. Vietnam telah direkodkan mengalami peningkatan purata kelajuan dari 5Mbps kepada 8.3Mbps hanya dalam tempoh 12 bulan sahaja. Akamai turut mendapati data suku tahunan keempat Vietnam mencatatkan pertumbuhan sebanyak 115 peratus dari tahun ke tahun.
Pertumbuhan kemajuan internet di Malaysia kebanyakan datangnya dari sambungan internet berkelajuan tinggi; terutamanya yang dari sambungan berkelajuan 10Mbps dan ke atas. Peratusan sambungan yang dibuat melalui sambungan berkelajuan 4Mbps pula tidak mencatatkan sebarang perubahan yang besar. Hanya meningkat 1 peratus dari suku tahun pertama.
Rekod yang dicatatkan bagi sambungan berkelajuan 10Mbps dan ke atas pula mencatatkan 27 peratus dari keseluruhan sambungan internet di Malaysia.
Bagaimanapun, laporan ini tidak menggambarkan situasi sebenar sambungan internet di seluruh dunia. Sambungan yang direkodkan masih lagi berdasarkan piawaian IPv4 dan tidak banyak data yang boleh diambil kira untuk sambungan piawaian IPv6.
Apa pun, diharapkan melalui khabar berita ini kita dapat melihat sinar harapan dalam peningkatan mutu kelajuan internet di Malaysia.
Sumber berita diperoleh dari Akamai, Imej cover diperoleh dari Shutterstock














huhuhu tapi kekadang geram gak sebab asik2 kehabisan data jer…pulak tu kadang kat tengah bandar pun line line internet slow…huhu
Kat tengah bandar tu tetibe jadi slow tu biasanya kalau kita guna 3G. Kalau 4G ok je sebab line guna 4G tak crowded sangat macam 3G.