Ini khas buat semua pelajar yang sukar untuk membahagikan masa untuk mengejar tarikh penghantaran tugasan di samping menjalani kehidupan sosial yang sibuk. Dengan 24 jam sehari dan senarai tugasan yang tiada henti, alangkah baiknya jika anda mempunyai pembantu peribadi anda sendiri untuk menguruskan hari dan menjadi penyelamat anda. Nah, Samsung baru sahaja mengeluarkan barisan siri Galaxy A terkini; Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G yang disertakan dengan ciri pembantu suara AI, Bixby Routines.
Dari saat anda bangun pagi sehingga bersiap untuk tidur pada waktu malam, Bixby Routines menawarkan banyak kemudahan dengan menjangka keperluan anda menggunakan prinsip IFTTT (If This, Then That). Selain daripada memberi arahan, ia boleh membantu mengautomasikan aktiviti harian anda – ini amat berguna untuk mereka yang mempunyai jadual yang sarat dengan aktiviti harian.
Anda tidak perlu risau jika anda akan tertidur semasa mengulang kaji di tengah malam kerana anda boleh melaraskan waktu tamat masa skrin untuk aplikasi tertentu – Bixby Routines akan mengaktifkan rangkaian kawalan untuk memastikan telefon anda menggunakan kuasa yang kurang dan menutup mana-mana aplikasi yang masih aktif. Selain itu, Bixby Routines juga boleh mengaktifkan Eye Comfort Shield secara automatik apabila anda membuka aplikasi membaca, membolehkan anda belajar berjam-jam tanpa membebankan mata anda, terutamanya pada waktu malam atau dalam tetapan cahaya malap.

Sokongan berbilang tugasan dengan siri Galaxy A baharu

Melakukan berbilang tugas dalam masa yang serentak juga dipermudahkan- – asalkan anda berada di dalam rumah, anda boleh mendapatkan Bixby membaca notifikasi anda dengan kuat, dan anda boleh menjawab panggilan atau melancarkan aplikasi ketika anda menyediakan makan tengahari. Anda juga dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menyambungkan peranti anda ke Wi-Fi secara manual setiap kali anda melawat tempat belajar anda.
Sebaliknya, anda boleh menetapkan supaya Wi-Fi dihidupkan secara automatik setiap kali anda berada di lokasi yang telah ditetapkan, dan mematikan Wi-Fi secara automatik sebaik sahaja anda meninggalkan lokasi tersebut. Mendengar lagu kegemaran anda semasa dalam perjalanan juga menjadi lebih mudah – Bixby Routines boleh membuka aplikasi muzik anda secara automatik sebaik sahaja ia mengesan bahawa anda telah menghidupkan Galaxy Buds anda.
Lebih-lebih lagi, ia juga menawarkan kadar segar semula 90Hz bagi skrin Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G (120Hz bagi Galaxy A73 5G) dan hayat bateri 5,000mAh untuk ketiga-tiga peranti yang boleh bertahan sehingga dua hari, dan juga menyokong sehingga 25W pengecasan pantas yang membolehkan bateri anda kembali ke kuasa penuh dengan cepat.
Ini membolehkan anda menjalankan berbilang aplikasi dengan lancar tanpa risau tentang peranti anda akan mati semasa melakukan tugasan penting. Tambahan pula, Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G padat dengan pemproses Exynos 1280 5nm manakala Galaxy A73 5G dikuasakan oleh Snapdragon 778 – direka untuk meningkatkan produktiviti pengguna sambil meneroka kemungkinan untuk mengejar minat mereka tanpa had.

Harga Samsung Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G di Malaysia

Jadi tunggu apa lagi? Semak harga runcit yang disyorkan dan hadiah eksklusif untuk Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan A73 5G di bawah:

Model Tarikh Pra-pesanan RRP Warna Hadiah Eksklusif
Galaxy A33 5G Di kedai &

Atas talian:

21 Mac 2022 – 13 April 2022

RM1,499 Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue • 1x Galaxy Fit2, bernilai RM179
Galaxy A53 5G Di kedai &

Atas talian:

21 Mac 2022 – 31 Mac 2022

RM1,849 Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue • 1 x Galaxy Buds Live, bernilai RM549
Galaxy A73 5G Di kedai:

21 Mac 2022 – 13 April 2022

Atas talian:

30 Mac 2022 – 13 April 2022

RM2,099 Awesome Gray, Awesome White, Awesome Mint • 1 x Galaxy Buds Live, bernilai RM549

Pra-pesanan siri Galaxy A boleh didapati di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran pra-pesanan dan untuk membuat pesanan awal untuk peranti Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-preorder-2022/. Anda boleh pra-pesan peranti Galaxy A73 5G di kedai bermula dari 21 Mac 2022, dan 30 Mac 2022 untuk pra-pesanan atas talian.

Tinggalkan komentar