Tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan mengikut prinsip keabadian tenaga, tetapi ia boleh ditukar kepada bentuk yang lain. Di musim Aidilfitri ini, banyak tenaga aku yang telah dialihkan ke bentuk lain. Paling kerap, tenaga aku dialihkan kepada menukar gear kenderaan apabila sangkut dalam kesesakan lalu lintas sewaktu masuk ke Melaka pada Hari Raya Kedua. Perjalanan yang patut memakan masa tak sampai 2 jam dari KL, telah memakan masa hingga 6 jam.
3 kali ganda dari tempoh kebiasaan.
Ada bagusnya juga pada malam Aidilfitri Ketiga tu aku gerak ke Perak. Pada waktu itu, jalan menghala ke Perak sudah agak lancar. Tidak seperti pada hari-hari menjelang Hari Raya. Trafik sesak sampai ke tahap kelajuan siamang merangkak. Sorang ofismate aku terpaksa bawak masuk kereta ke bengkel sebab brek dia berasap ketika bergerak pulang berhari raya di Perak dua hari sebelum Raya.
Bila jumlah kereta dah banyak sangat kat bumi Semenanjung yang tak berapa luas mana ni, buatkan majoriti dari kita menghabiskan tenaga kita di Hari Raya di atas jalan raya sebenarnya. Jadi, tak hairanlah bila masuk balik kerja, muka masing-masing kelesuan.
-Sumber foto diperoleh dari Yazit Razali/NSTP















Boleh bayangkan tak bro kalau harga kereta dekat Malaysia ni lagi murah daripada sekarang. Tah macam manalah dia punya sesakkan. Sekarang ni pun dah tak sanggupkan.
Keceriaan yg terjejas gara-gara jem di jalan raya macam dah sinonim di negara kita. Kat JB ok lagi tapi di tambak ke woodland sesak habis. Apa lagi baru-baru ini pemandu bas buat strike lagi dahsyat!
hari raya Hari Raya Aidilfitri dan tahun baru Cina highway sentiasa sesak. pukul 2pagi pun sesak jugalah, kena bersedia mental…heee
fuh… tahun ni saya terlepas dari jem…sebab turn raya kat KL
hahaha..sempat merasa jugak kesan prinsip keabadian tenaga ni masa balik raya hari tu..sib baik masa balik perak ok jek..hehe
cuti aidilfitri dengan kesesakan lalu lintas memang sinonim…walaupun skarang plus dah ade panduan jadual perjalanan memang tapi ia tak nampak banyak membantu…
Regards,
-Strider-
kelemahan kalau kereta manual.. hehehe..
selamat hari raya..
Hari raya ni tenaga mmg cepat habis.. bukan setakat memandu shj. Makan banyak pun boleh habis tenaga mengunyah & perut menghadam makanan2 yg berlemak tu… poket pun jadi kurang bertenaga juga hehee.. Salam Aidilfitri… 🙂
mesti stress hadapi jem ni…sbb semua nk cepat.
pergh… kereta manual dan jam, satu kombinasi yg menyeksakan, huhuu… salam syawal bro ^^
tahun ni balik kedah,Alhamdulillah jalan tak sesak..maklum la,dekat je pun penang ke kedah..heeh
memang stress kalau jalan sesak..terutama musim perayaan..
nampak sangat KL ni makin lama makin padat dan orang makin ramai yang mampu beli kereta..huhu