iPhone 14 Pro kini berada di kedudukan nombor dua di dalam senarai penarafan kamera DXOMark dengan HONOR Magic 4 Ultra mengungguli carta tersebut. Secara keseluruhan, iPhone 14 Pro mencatatkan markah DXOMark sebanyak 146, manakala HONOR Magic 4 Ultra pula mencatatkan 147.

Menurut analysis oleh DXOMark, kamera HONOR Magic 4 Ultra mampu mengambil foto dengan lebih baik menggunakan kamera utama berbanding kamera utama iPhone 14 Pro.

Untuk keupayaan mengezum pula, HONOR Magic 4 Ultra mencatatkan markah sebanyak 151 mata, dengan iPhone 14 Pro pula sebanyak 139 kerana ketiadaan lensa zum berperiskop.

Sungguhpun HONOR Magic 4 Ultra mungkin mempunyai sedikit kelebihan dari segi kamera utama dan keupayaan mengezumnya, iPhone 14 Pro cemerlang dalam beberapa aspek. Antaranya pratonton imej sebelum tangkapan, keupayaan bokeh dan rakaman video. Ketiga-tiga aspek ini iPhone 14 Pro mendahului keupayaan yang ditawarkan oleh HONOR Magic 4 Ultra.

Telefon pintar lain dengan kamera yang padu 2022

Berdasarkan senarai DXOMark, Huawei P50 Pro merupakan kamera telefon pintar ketiga terbaik tahun ini dengan iPhone 13 Pro berada di tanggan keempat. iPhone 13 Pro Max dan Xiaomi Mi 11 Ultra pula masing-masing berada di tempat kelima dan keenam.

Seterusnya, Huawei Mate 40 Pro+ dan Xiaomi 12S Ultra berada di kedudukan ketujuh dan kelapan. Manakala Huawei Mate 40 Pro dan Samsung Galaxy S22 Ultra pula masing-masing di tempat kesembilan dan kesepuluh di dalam senarai tersebut.

Senarai 10 teratas kamera telefon pintar terbaik 2022 DXOMark

  1. HONOR Magic 4 Ultra
  2. iPhone 14 Pro
  3. Huawei P50 Pro
  4. iPhone 13 Pro
  5. iPhone 13 Pro Max
  6. Xiaomi Mi 11 Ultra
  7. Huawei Mate 40 Pro+
  8. Xiaomi 12S Ultra
  9. Huawei Mate 40 Pro
  10. Samsung Galaxy S22 Ultra

 

Tinggalkan komentar