Kabinet akan membuat keputusan pada Jumaat ini sama ada akan meneruskan pelaksanaan rangkaian 5G melalui Rangkaian Borong Tunggal (SWN) dengan DNB atau mempertimbangkan penggunaan Dwi Rangkaian Borong (DWN) dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.
Sumber dari akhbar Malay Mail memetik kenyataan DNB bahawa jika kerajaan memilih untuk meneruskan dengan cadangan model DWN, ia mungkin boleh menyebabkan kelewatan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.
“Change, particularly at such a fundamental policy level, as to whether the SWN should continue would require the resetting of strategic and management plans, renegotiation of key supplier agreements, reconsideration by all employees of their continued participation in the venture and refinancing arrangements.
“Existing customer relations and pilot trials would be rendered meaningless. In addition, the DWN would require 5G spectrum to be reassigned, the two consortia to be agreed, and the Ericsson contract to be terminated or reassigned. All these tasks would take time and are avoided by continuing with the SWN,”
Pada tahun lepas, pihak kerajaan telah melantik Ericsson untuk membangunkan intrastruktur rangkaian 5G negara. Rangkaian tersebut seterusnya dikendalikan berdasarkan model SWN oleh DNB, anak syarikat milikan penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Model rangkaian SWN sebelum ini dipilih kerana dikatakan mampu membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia dengan lebih cepat pada kos yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui sejauh mana model ini dapat memberikan manfaat yang lebih besar untuk rakyat dan juga Malaysia bagi jangka panjang.
Buat masa ini, hanya Yes sahaja yang menawarkan akses ke rangkaian 5G kepada pengguna-pengguna di Malaysia. Manakala TM, sebuah lagi syarikat yang menandatangani perjanjian dengan DNB masih lagi memulakan penawaran akses 5G kepada penggunanya.













