Seorang jurutera syarikat Apple telah diberhentikan serta merta selepas anak perempuannya telah menghasilkan dan memuat naik video berkenaan iPhone X. Video yang dihasilkan oleh gadis tersebut telah menjadi viral di Youtube sebelum peranti tersebut diumumkan secara rasmi oleh pihak Apple.
Video asal yang dimuat naik telah pun ditarik balik oleh Youtube berikutan menerima permintaan dari Apple. Namun, segala-galanya sudah pun terlambat dan ianya sempat menjadi trending untuk beberapa jam dan menjadi tontonan jutaan pengguna internet. Pun begitu, itu bukanlah sebab utama pemecatan jurutera berkenaan.
Apple sememangnya diketahui mempunyai peraturan yang amat ketat terhadap para pekerjanya, termasuklah rakaman video terhadap sesebuah produk. Malah, sebarang maklumat berkaitan produk-produk akan datang dan juga perancangannya turut dilarang dari disebarkan kepada pihak lain tanpa kebenaran Apple. Jika didapati mana-mana pekerja melanggar peraturan tersebut, tindakan serta merta akan dikenakan.
Kasihan juga pada jurutera Apple tu. Tapi, apakan daya. Benda dah berlaku.
Sumber berita diperoleh dari Engadget













