Awal bulan ini kita telah menerima berita mengenai sesetengah pihak yang mahu membakar menara telekomunikasi kerana mengaitkan teknologi 5G dengan COVID-19.

Sungguhpun kita merasakan perkara ini sebagai mengarut, tetapi para jurutera dan juruteknik rangkaian di UK telah menerima ugutan bunuh dari pihak yang percaya dengan teori konspirasi berkaitan teknologi 5G.

Laporan dari BBC menyatakan pekerja-pekerja di bawah Kesatuan Pekerja-Pekerja Komunikasi (Communication Workers Union) dilaporkan menerima sejumlah 120 kes penganiayaan. Antaranya termasuklah ugutan menikam, keganasan fizikal dan juga ugutan bunuh.

Malah kebanyakan pekerja yang menerima ancaman tersebut bukanlah terlibat di dalam kerja-kerja rangkaian 5G. Namun, turut menerima ancaman walaupun mereka hanya terlibat di dalam kerja-kerja penyelenggaraan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, YouTube memaklumkan pihaknya akan menyaring video-video yang mengaitkan 5G dengan COVID-19. Terbaru, Twitter turut mengemaskini garis panduannya dengan menyatakan cicipan yang menghasut orang ramai untuk membakar menara 5G akan disingkirkan.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak bertanggungjawab dalam mengekang berita-berita palsu ini diharapkan mampu membuahkan hasil. Sebagai pengguna, kita diingatkan supaya melakukan semakan fakta sebaiknya dan juga memperbanyakkan ilmu supaya tidak mudah terpesong dari pemahaman asas pegangan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKEE).

Tinggalkan komentar