Utama Mobile Aplikasi JPJ cadang perkenalkan RFID pada nombor plat atau cukai jalan kenderaan

JPJ cadang perkenalkan RFID pada nombor plat atau cukai jalan kenderaan

954
0

Malaysia disasarkan akan memperkenalkan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya menggunakan teknologi RFID menjelang 2025. Buat masa ini, penggunaan teknologi RFID memerlukan pengguna membeli sekeping tag dari Touch ‘n Go pada harga RM35.

Lanjutan dari itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat sedang mendapatkan kaedah mengurangkan kos teknologi tersebut melalui Pelan Pendigitalan agensi berkenaan.

Melalui Pelan Pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kerajaan sedang mengkaji teknologi baharu untuk pendaftaran kenderaan seperti tag RFID, kod QR dan cip.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong turut menjelaskan pelan tersebut juga mampu menurunkan harga pelekat RFID.

“Sistem RFID akan membolehkan penguatkuasaan dijalankan melalui automasi bagi memastikan bacaan tepat (pendaftaran kenderaan) seterusnya meminimumkan kos.

“Jika JPJ mengguna pakai teknologi RFID, kami akan memastikan ia serasi dan boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk pembayaran tol bagi mengelak keperluan banyak tag RFID pada satu kenderaan,” katanya hari ini.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Kementerian Pengangkutan akan bersetuju dengan cadangan JPJ tersebut.

 

Tinggalkan komentar