
Penyelesaian Tayangan Awan Janya memperkasakan penerbit saluran dengan pelbagai ciri unik seperti tayangan awan linear, studio awan, suntingan dan klip video, platform berita awan, penerbitan, pengedaran dan pengewangan selama 24 jam sehari sepanjang 7 hari seminggu melalui platformnya. Perkhidmatan vMVPD Frndly TV menyampaikan program televisyen pada harga yang mesra pengguna serta menawarkan lebih 40 rangkaian TV langsung termasuk Hallmark Channel, A&E, The History Channel, Game Show Network, INSP, Lifetime, UPtv, Curiosity Stream, The Weather Channel dan GAC Family serta pelbagai lagi. Frndly TV menyampaikan empat buah saluran menggunakan penyelesaian Tayangan Awan Janya.
M.V. Prabhakar, Ketua Pegawai Teknologi YuppTV/Janya berkata, “Penerimagunaan teknologi di seluruh dunia telah menyediakan pelbagai peluang yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada para penerbit kandungan. Ia membantu menjangkau khalayak yang lebih luas, menjana aliran pendapatan baharu dengan pencapaian pasaran bersasar yang terpantas. Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan penyedia perkhidmatan OTT terkemuka iaitu FrndlyTV, dengan menyediakan perkhidmatan Tayangan Awan Janya kami untuk membolehkan mereka membawa kandungan baharu dan menarik kepada para penonton dan keluarga mereka di Amerika.”
Joey Monjure, Naib Presiden Produk dan Pengalaman Pelanggan, Frndly TV berkata, “Dengan memanfaatkan penyelesaian tayangan awan Janya, kami berupaya menyampaikan saluran yang unik. Kami berharap dapat memperluas kerjasama ini dan terus meningkatkan penglibatan dengan menyampaikan kandungan tambahan kepada para pelanggan kami”
Tentang Janya
Janya ialah sebuah platform tayangan awan yang membolehkan para penyiar seperti penyedia video melalui Internet, atas permintaan dan siaran TV Langsung mempunyai sebuah rangkaian pelbagai saluran untuk menjangkau khalayak yang lebih besar, memanfaatkan aliran pendapatan baharu melalui rangkaian FAST yang boleh dipasang segera dan tanpa modal pendahuluan dengan keupayaan pengewangan iklan.
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2062473/janya_Logo.jpg














