Berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, harga untuk telefon pintar pada hari ini tidaklah begitu murah. Kini, pengguna dijangka untuk berbelanja dengan banyak jika mereka ingin mencari peranti yang berkualiti tinggi.

Walaubagaimanapun, harga yang tinggi tidak menjamin kualiti atau kepuasan yang tinggi – mujurlah model-model Galaxy A memberikan kualiti yang mengagumkan pada harga yang mengagumkan. Keluaran terbaru barisan Galaxy A – Galaxy A03 – menawarkan kebolehan yang sama menakjubkan. 

Telefon pintar digunakan sepanjang hari untuk memudahkan dan menjalankan pelbagai tugas dan adalah amat penting untuk sesebuah peranti itu bertahan dengan lama. Dengan bateri 5,000mAh, kini anda tidak perlu bimbang dan boleh menjalankan aktiviti harian anda dengan tenang.Samsung-Galaxy-A03-Malaysia

Selain itu, prestasi kesuluruhan telefon pintar memainkan peranan yang penting juga. Dengan RAM 3GB atau 4GB dan pemproses Octa-Core yang baharu menjalankan tugas dengan pantas – tiada lagi peranti “lembab”.

Selain itu, Galaxy A03 juga dilengkapi dengan dua kamera. Kamera utama 48MP dan kamera kedalaman 2MP memberikan pengguna gambar dan video yang jelas dan berkualiti tinggi. Siapa kata anda tidak boleh mempunyai ciri-ciri hebat di peranti yang berharga berpatutan?

Peranti ini didatangkan dalam tiga warna klasik – Hitam, Biru dan Merah – yang senang digayakan sebagai aksesori. Untuk RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB, harga runcit disyorkan peranti ini adalah RM469 manakala peranti RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB ialah RM549.

Untuk penjimatan lebih, anda juga boleh bertukar-beli peranti lama anda atau gunakan Easy Payment Plan untuk membuat pembelian tanpa sebarang faedah.

Tunggu apa lagi, dapatkan Galaxy A03 sekarang! Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-blue-32gb-sm-a035fzbdxme

Penafian : Advertorial daripada Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar