Apple telah mengumumkan penambahan ruang storan bagi telefon pintar peringkat rendah keluarannya – iPhone SE – dan ia bakal ditawarkan pilihan storan 32GB dan 128Gb. Saiz storan ini merupakan penambahan dua kali ganda dari kapasiti asal yang disediakan untuk telefon pintar berkenaan.
Bagi model 32GB, harga yang ditawarkan adalah RM1,949. Manakala untuk 128GB pula, harga yang ditawarkan adalah RM2,449. Harga berkenaan adalah sama seperti yang ditawarkan sewaktu iPhone SE mula-mula diperkenalkan melalui model 16GB dan 64GB.
Perbezaan untuk model terkini iPhone SE berkenaan hanya pada kapasiti storannya sahaja. Tiada sebarang penambahan lain dari segi spesifikasi perkakasannya dan ia masih menawarkan paparan retina 4-inci 1136 x 640, menggunakan chipset Apple A9, kamera belakang 12-megapiksel, dan kamera FaceTime 1.2-megapiksel.
iPhone SE bakal hadir ke Malaysia melalui Apple Store Malaysia bermula 24 Mac ini.
Spesifikasi iPhone SE 32GB
- Sistem Operasi: iOS 9.3.2, boleh dinaiktaraf ke iOS 10.2
- Jenis Chipset: Apple A9
- CPU: Dwi-Teras 1.84 GHz Twister
- GPU: PowerVR GT7600 (pemprosesan grafik enam-teras)
- Slot Kad: Tiada
- Storan dalaman: 32GB
- Memori: 2GB RAM
- Kamera utama: 12 MP, f/2.2, 29mm, fokus auto dengan pengesan fasa (phase detection autofocus), pencahayaan flash dual-LED (dual tone)
- Kamera FaceTime: saiz penderia 1/3″, saiz piksel 1.22 µm, geo-tagging, perekodan video 4K video dan imej 8MP, pemfokusan melalui sesentuh, pengecaman wajah/senyuman, HDR (foto/panorama)
Spesifikasi iPhone SE 128GB
- Sistem Operasi: iOS 9.3.2, boleh dinaiktaraf ke iOS 10.2
- Jenis Chipset: Apple A9
- CPU: Dwi-Teras 1.84 GHz Twister
- GPU: PowerVR GT7600 (pemprosesan grafik enam-teras)
- Slot Kad: Tiada
- Storan dalaman: 128GB
- Memori: 2GB RAM
- Kamera utama: 12 MP, f/2.2, 29mm, fokus auto dengan pengesan fasa (phase detection autofocus), pencahayaan flash dual-LED (dual tone)
- Kamera FaceTime: saiz penderia 1/3″, saiz piksel 1.22 µm, geo-tagging, perekodan video 4K video dan imej 8MP, pemfokusan melalui sesentuh, pengecaman wajah/senyuman, HDR (foto/panorama)
- Harga: RM2,449













