Pelancaran iPhone SE Generasi Kedua untuk pasaran Malaysia yang dibuat baru-baru ini tidak menyatakan secara terperinci berkenaan spesifikasinya. Apa yang diketahui setakat ini antaranya ialah harga bersama-sama kapasiti storan dalamannya.
Selain itu, kita turut dimaklumkan iPhone SE terbaru ini menggunakan cipset A13 Bionic yang terbaru, serta kamera utamanya dan dihadapannya yang beresolusi rendah.
Maklumat yang diperoleh setakat ini datangnya dari wakil pengedar di China yang mengatakan iPhone SE keluaran tahun 2020 ini bakal hadir dengan RAM 3GB. Selain itu, beliau juga turut mendakwa bateri untuk iPhone SE ini berkapasiti 1,821mAh, sama dengan kapasiti bateri iPhone 8.
Pastinya, maklumat yang sahih dari pihak Apple sendiri masih lagi belum dikeluarkan secara rasminya. Oleh itu, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dari Apple.













