Sebuah syarikat di Shenzhen, China telah mengeluarkan iPhone 6s klon yang dijual pada harga USD 37 (RM 160) seunit. Walaupun ianya klon, ia tetap mendapat dari permintaan di kalangan sesetengah peminat produk Apple yang tidak berkemampuan untuk memilikinya.
Lagipun, sekali imbas telefon pintar klon ini kelihatan tidak jauh bezanya dengan iPhone 6S yang asli.
Dari segi spesifikasinya pula, telefon klon ini menampilkan skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi paparan 960 x 540. Ia dikuasakan oleh pemproses empat teras ARM Cortex-A7 Spreadtrum SC7731 dengan RAM 512 MB. Storan dalamannya berkapasiti 4 GB. Namun, tidak ketahui berapa banyak lagi ruang kosong yang boleh digunakan untuk melakukan pemasangan sebarang aplikasi tambahan.
iPhone 6s klon ini tidak pula menyokong sambungan 4G LTE sebagaimana yang asli. Ia hanya cuma menyokong sambungan 3G pada kedua-dua slot kad SIM telefon ini.
Bagi menambah pengalaman kepenggunaan menggunakan produk Apple sama seperti yang asli, telefon klon ini menggunakan tema iOS sebagai antaramukanya.
Buat masa ini, iPhone 6s klon masih belum didapati di pasaran Malaysia dan ia hanya boleh diperolehi di China sahaja. Pengguna-pengguna di China boleh mendapatkannya dalam pelbagai pilihan warna yang sama seperti iPhone 6s yang asli termasuk pilihan warna yang paling popular, Rose Gold.
Mungkin industri pembuatan peranti klon menerima kesan yang besar apabila syarikat berkenaan mampu mengeluarkan produk klon pada kos yang sepuluh kali ganda lebih murah dari produk asli.
-Sumber berita diperoleh dari Gizchina














Kalau ada sesiapa yg ke China bolehlah kita pesan utk membelinya. Kalau boleh tahan sampai setahun kira berbaloilah dengan harganya kan..?
Spec dia pun boleh tahan. Lenovo dengan Vivo dengan spec yg lebih kurang sama pun harganya dalam lingkungan RM250 hingga RM350 kat sini. Hehe
betul tu, dapat tahan setahun pun kira OK apa..merasa la gak pakai iphone..hehe
jauh beza dengan yang asli, RM160 dengan RM2000