Selain dari iPhone 5s yang diturunkan harganya, sebuah lagi telefon pintar dari Apple iPhone 6 32GB turut diturunkan lagi harganya. Ia kini dijual pada harga RM1,499. Diumumkan pada Mac 2017 yang lalu, model 32GB iPhone 6 diletakkan setaraf dengan iPhone SE dan cuma dibezakan pada skrinnya sahaja yang lebih besar.

Dari segi spesifikasi, iPhone 6 32GB menawarkan paparan HD Retina 4.7-inci dengan resolusi 1334 x 750. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple 64-bit A8 dengan RAM 1GB. Untuk kameranya pula, ia dilengkapi dengan 8MP f/2.2 pada kamera belakangan dan 1.2MP untuk kamera depan.

iPhone 6 masih lagi mengekalkan jack fon kepala dan ia menggunakan sistem operasi iOS 10 selain turut hadir dengan bateri berkapasiti 1,810 mAh. Apa yang menarik menanti telefon pintar ini adalah ianya dikhabarkan layak untuk dinaik taraf ke iOS 11, sebaik sahaja apabila kemaskini sistem operasi berkenaan akan diterbitkan oleh pihak Apple kelak.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini pada harga terkini yang lebih murah, boleh mendapatkannya melalui portal pembelian atas talian Switch

Tinggalkan komentar