iPhone 5s adalah peranti yang telah hadir ke pasaran sejak empat tahun lalu, namun masih ramai lagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar tahun 2013 ini. Kini, dengan harga jualan pada RM999, dijangkakan lebih ramai pengguna berpeluang untuk mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.

Telefon pintar ini boleh diperoleh dari wakil jualan rasmi Apple Malaysia, Machines dan ia pada asalnya dijual dengan harga RM1,188. Pengurangan sebanyak RM189. Setakat ini, hanya Machines sahaja yang menawarkan iPhone 5s pada harga yang rendah.

Dari segi spesifikasi, iPhone 5s menawarkan paparan 4-inci 1136 x 640 IPS, pemprosesan dwi-teras Apple A7 digandingkan bersama RAM 1GB, storan 16GB yang tidak boleh dipertingkatkan dan juga bateri 1,560mAh. Telefon pintar ini turut menawarkan kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 1.2MP.

iPhone 5s kini boleh diperolehi dengan harga RM999 di kedai-kedai Machines di seluruh negara dan juga secara atas talian.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Machines

Tinggalkan komentar