Utama Apple iPhone 14 dilaporkan bakal hadir dengan rekaan baharu yang lebih segar

iPhone 14 dilaporkan bakal hadir dengan rekaan baharu yang lebih segar

1625
0

Tidak lama selepas iPhone 13 dilancarkan ke pasaran, terdapat pula maklumat terkini mengenai model terkini tahun hadapan yang tertiris.

Laman 9to5Mac telah memetik kenyataan dari Mark Gurman dari Bloomberg yang mendakwa iPhone 14 akan membawakan “rekaan serba baharu”. Ia dikatakan pertama kali sejak iPhone X diperkenalkan pada 2017.

Pun begitu, Mark Gurman tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkakasan peranti berkenaan. Desas-desus terutamanya dari penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan model iPhone pada 2022 kelak tidak akan mempunyai paparan bertakuk pada bahagian kamera hadapannya.

Manakala, YouTuber Jon Prosser pula mendakwa telah mempunyai imej pengolokan berasaskan foto sebenar iPhone baharu. Model baharu berkenaan dikatakan seperti iPhone 4 yang bersaiz besar dengan jalur titanium mengelilinginya, serta mempunyai kamera belakang yang timbul dan kerangka lebih tebal.

Selain itu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan iPhone mini dari barisan model-model baharunya kelak. Juga dikatakan terdapat ura-ura menyediakan Touch ID di bawah skrin paparan sungguhpun tidak dapat dipastikan ia dapat disediakan menjelang 2022.

Walau apa pun desas-desus yang timbul mengenai kehadiran iPhone model baharu tahun 2022 kelak, ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sepanjang tempoh dari sekarang hingga iPhone berkenaan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Tinggalkan komentar