Utama Apple iPhone 13 & iPhone 13 mini diumumkan bagi pasaran Malaysia; Harga dari...

iPhone 13 & iPhone 13 mini diumumkan bagi pasaran Malaysia; Harga dari RM3,399, Hadir Oktober ini

858
0

Apple telah mengumumkan harga dan tarikh pra-tempahan bagi iPhone 13 dan iPhone 13 mini bagi pasaran Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat tidak berapa lama selepas acara Apple Event awal pagi tadi.

Secara perbandingan, harga bagi iPhone 13 dan iPhone 13 mini ini tidak jauh bezanya dengan harga siri iPhone 12 ketika dilancarkan tahun lepas. Cuma bezanya, untuk siri iPhone terbaru ini tidak lagi menawarkan pilihan 64GB dan hanya menyediakan pilihan storan terendah 128GB.

Selain itu, iPhone 13 dan iPhone 13 mini dengan storan 256GB dan 512GB juga dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kapasiti yang sama pada siri iPhone 12 ketika dilancarkan. Malah, ini juga merupakan pertama kali Apple menawarkan pilihan storan 512GB untuk model selain dari iPhone Pro dan XS.

Berdasarkan senarai harga yang telah dinyatakan di laman web rasmi Apple Malaysia, harga iPhone 13 dan iPhone 13 mini adalah seperti berikut:

  • iPhone 13 128GB – RM3,899
  • iPhone 13 256GB – RM4,399
  • iPhone 13 512GB – RM5,299
  • iPhone 13 mini 128GB – RM3,399
  • iPhone 13 mini 256GB – RM3,899
  • iPhone 13 mini 512GB – RM4,799

Pra-tempahan untuk iPhone 13 dan iPhone 13 mini akan mula dibuka bermula dari 1 Oktober ini dan mula menemui pengguna pada 8 Oktober 2021.

Tinggalkan komentar