Tidak lama selepas Apple mengumumkan harga rasmi bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Pro bagi pasaran Malaysia, telefon pintar popular keluaran Apple ini bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi.
Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan U Mobile bersama-sama Wakil Jualan Sah Apple merangkumi Machines, Switch, Mac Citu dan iTworld (SNS Network) dan Lazada telah mengumumkan pra-tempahan untuk iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan dibuka pada Jumaat, 6 November 2020, jam 9 malam.
Bagaimanapun, untuk Digi terdapat sedikit perbezaan kerana pihaknya menawarkan iPhone melaluinya bermula pada 13 November nanti.
Untuk makluman, berikut adalah senarai harga bagi siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro di pasaran Malaysia.
Siri iPhone 12
- iPhone 12 Mini 64GB: RM 3399
- iPhone 12 Mini 128GB: RM 3599
- iPhone 12 Mini 256GB: RM 4099
- iPhone 12 64GB: RM 3899
- iPhone 12 128GB: RM 4099
- iPhone 12 256GB: RM 4599
iPhone 12 Pro Series
- iPhone 12 Pro 128GB: RM4899
- iPhone 12 Pro 256GB: RM5399
- iPhone 12 Pro 512GB: RM6299
- iPhone 12 Pro Max 128GB: RM5299
- iPhone 12 Pro Max 256GB: RM5799
- iPhone 12 Pro Max 512GB: RM6699
Turut diingatkan, pembelian model-model iPhone ini tidak disertakan bersekali dengan pengecasnya memandangkan ianya dijual secara berasingan.













