Membuat overclock CPU komputer merupakan sebuah proses yang melibatkan ‘trial and error‘ yang mungkin memakan masa yang panjang. Menyedari tentang ini, Intel mengumumkan Performance Maximizer semasa Computex 2019. Alatan ini bakal sedia untuk digunakan tidak berapa lama lagi.

Intel Performance Maximizer secara automatik menguji frekuensi dan voltan maksimum yang boleh diproses oleh pemprosesan pengguna. Apabila ia berjaya mendapatkan nilai maksimum dan stabil yang boleh digunakan oleh pemprosesan pengguna, secara automatik pemprosesan pengguna akan di-overclock ke frekuensi dan voltan tersebut.

Operasi yang dilakukan ini bukan secara on-off. Menurut Intel, alatan ini akan senantiasa memantau pemprosesan anda dan akan membuat perubahan yang diperlukan untuk membuat overclocking secara automatik. Langkah ini bertujuan menyediakan prestasi pemprosesan pengguna berada pada tahap terbaik sepanjang masa.

Alatan ini hanya bersesuaian dengan pemprosesan Intel Core Generasi ke-9 yang terpilih, yang mana hanya terdapat enam jenis buat masa ini. Alatan ini juga boleh dimuat turun bermula pertengahan Jun secara percuma.

Sumber berita diperoleh dari Intel

Tinggalkan komentar