Sepanjang hidup aku, nilai yang paling aku hargai adalah kejujuran dalam setiap perlakuan, tingkah laku dan kata-kata dari manusia. The honest person are the most grateful person in my life. Setiap dari kita, lebih gemar berurusan dengan orang yang jujur berbanding orang yang hipokrit. Jarang sekali orang mahu berterus terang dalam berbicara, atas kepentingan-kepentingan tertentu. Untuk itu, orang-orang jujur adalah orang yang perlu diraikan dalam hidup kita.
Sempena penghujung tahun 2013 ini, DiGi menawarkan promosi jualan pakej langganan telekomunikasi pada masa yang terhad. Korang berpeluang mendapat pakej smartphone FREE melalui Digizen Thank You Sale bergantung kepada terma dan syarat. Smartphone dan tablet free yang ditawarkan dalam pakej year end sale ini bergantung kepada jenis plan mana yang korang pilih. Contohnya, pihak DiGi menawarkan korang jika korang memilih untuk melanggan DG SmartPlan™ 148. Pakej lain, korang kena top-up pakai duit korang sendiri waktu bayar up-front.
Mengenai smartphone FREE ini, sejujurnya aku ingin maklumkan bahawa ia bukanlah percuma sepenuhnya. Misalnya, jika korang ingin mendapatkan yang dikatakan FREE ini. Korang masih lagi perlu mengeluarkan belanja dari poket korang sendiri untuk mendapatkannya.
Ikut iklannya, mengikut faham kita ia adalah percuma dan korang hanya perlu bayar pakej langganannya sahaja iaitu RM148 bagi setiap bulan. Tetapi, harus diingat, korang perlu membayar wang muka keseluruhan sebanyak RM948 untuk mendapatkan pakej ini. Sejumlah RM800 turut disertakan sebagai Advance Payment bagi smartphone yang korang pilih. Jadi, ianya bukanlah percuma secara total kan.
Namun begitu, Advance Payment untuk peranti anda ini akan dibayar semula sepenuhnya kepada korang secara beransur-ansur sebagai rebat pakej langganan sepanjang tempoh 24 bulan.
Untuk itu, korang perlu memikirkan sebaiknya sebelum melanggan Hal ini kerana, dalam dunia pengiklanan zaman moden di Malaysia ini, adalah kebiasaan bagi para pengguna mendapatkan maklumat terperinci tanpa perlu bergantung kepada maklumat iklan semata-mata.


















Saya setuju..kena berhati-hati dengan marketing strategy ni…dan sebagai pengguna, kita mesti tahu hak kita.
Nice sharing
ini namanya strategy marketing.. jangan tengok iklan terus percaya ..harus selidik dahulu kebenarannya
baca, tanya, pahamkan betul betul
iklan memang poyo jer lebih… marketing strategy has always been… poyo, haha…
secara logik akal pun kita bole fikir, xde mana2 company yg akan bg free2 je.
Free ada makna tu hehee.. 😀
all the best.. ni yg peraduan dari digi tu kan..? eh, boleh buat dalam BM rupanya.. hehehe
all the best.. ^^
ya, buat pengiraan semula samada menguntungan dan berbaloi.
Boleh buat pengiraan semula berbaloi atau tak dengan pernggunaan kita.
payah nak cari org jujur skrg ni.. even kalau terjumpa tu memang bertuah sgt dah..
kan?
marketing stategy yang selalu menjerat pelanggan.. mereka kini menggunakan kaedah psikologi untuk menawan hati pelanggan..
Macam iklan je.. hehe
selalu sgt iklan2 kat negara kita ni yg tak cerita habis. Ada je hidden2 charges. Paling jelas, syarikat kapal terbang tu. Kalau kat negara maju, dah boleh kena saman dah syarikat2 macam ni.
Dia buat gitu untuk mengelakkan pelanggan lari lepas dapat phone la tue…
Apa pun alasannya…. Customer service kena beritahu pelanggan awal2 untuk mengelakkan pelanggan rasa tertipu…
Biasa la tu. Itu namanya marketing strategi. Pandai depa pilih perkataan. Manusia ni pulak pantang tengok perkataan macam tu. FREE! Memang akan cepat tangkap. Tapi manusia sekarang dah ramai yang bijak. Kena study dan faham kan dulu baru pergi deal. Tanya betul² dengan sales rep tu pasal hal ni semua. Baru tak menyesal later days.
Tengah cari idea lagi utk sertai contest ni… Good luck! Entri yg sungguh menarik tepat dengan kehendak.
betul tu..sebab itu kejujuran merupakan satu elemen penting dalam rukun negara…
Regards,
-Strider-
Akak ni selalu je jadi mangsa iklan…hehehe…wpun cuma barangan kecil..terkena juga..
Bab jujur ni,sukar utk mendptkannya…akak berpendapat dlm dunia blog ni,sukar nak cari manusia yg tidak bersikap hipokrik….bg akak,jujur dan setia adalah dua perkara yg berkaitan…
free ada makna tu. haha..