Infinix telah melancarkan model telefon pintar peringkat menengah baharunya, Infinix Zero 30 5G. Telefon pintar berharga kompetitif dengan spesifikasinya ini telah dilancarkan baru-baru ini di Venice, Itali.

Di dalamnya, telefon pintar ini dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Dimensity 8020 bersama-sama pilihan RAM 8GB atau 12GB dan storan 256GB. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh turut menyokong pengecasan 68W melalui port USB-C.

Skrinnya pula hadir dengan paparan AMOLED FHD+ 6.78-inci 144Hz bersama-sama kamera hadapan 50MP yang ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubang di tengah-tengahnya.Infinix Zero 30 5G Vegan leather

Melengkapkan spesifikasi kamera telefon pintar ini, disediakan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera berkedalaman 2MP di belakangnya.Infinix Zero 30 5G

Telefon pintar yang ditawarkan dengan pilihan warna Golden Hour, Rome Green dan Fantasy PurpleĀ ini dijual pada harga Rs 29,999 (~RM1,685) untuk varian 12GB/256GB di India. Harga jualannya kelak dijangka sedikit berbeza mengikut pasaran dan setakat ini tidak diketahui bilakah Infinix Zero 30 5G akan hadir ke pasaran Malaysia.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Infinix.

Tinggalkan komentar