Tidak lama selepas diumumkan akan hadir ke pasaran global, Infinix Malaysia secara rasminya telah melancarkan siri Note 30 yang terdiri daripada Note 30 dan Note 30 Pro.Kedua-dua telefon pintar terkini dari Infinix ini menggunakan cipset MediaTek Helio G99, RAM 8GB dan storan 256GB.

Untuk skrinnya, model standard mempunyai saiz 6.78-inci manakala model Pro pula mempunyai saiz 6.67-inci. Sungguhpun saiznya berbeza, kadar penyegaran skrin kedua-duanya masih lagi sama iaitu 120Hz selain mempunyai resolusi FHD+.

Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon pintar ini termasuklah sokongan pembesar suara stereo JBL, dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan Infinix All-Around FastCharge.

Untuk kamera Infinix Note 30, ia menawarkan tri-kamera di belakangnya yang terdiri daripada 64MP, 2MP dan 2MP dengan sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.

Manakala Infinix Note 30 Pro pula ia hadir dengan tri-kamera yang terdiri daripada 108MP, 2MP dan 2MP. Di hadapanya pula terdapat sebuah kamera 32MP.

Harga Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro di Malaysia

Di Malaysia, telefon pintar yang dilancarkan pada 25 Mei ini dijual pada harga:

  • Infinix Note 30 – RM699
  • Infinix Note 30 Pro – RM899

Bersempena pelancarannya, Infinix menyediakan pelbagai tawaran menarik khusus bermula dari 29 Mei 2023 sehingga 2 Jun 2023. Antaranya Kotak Cenderahati Infinix x MLBB MSL Championship edisi terhad selagi stok masih ada.

Anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini boleh mendapatkannya menerusi:

Tinggalkan komentar