Infinix Malaysia baru-baru ini telah melancarkan siri telefon pintar Hot 20 untuk pasaran tempatan. Siri ini mengandungi dua model iaitu Hot 20 dan Hot 20i dan mula dijual pada hari ini.

Infinix Hot 20 di Malaysia

Infinix-Hot-20-MalaysiaInfinix Hot 20 menampilkan skrin IPS 6.82-inci beresolusi 720 x 1640 dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Turut disediakan pada telefon pintar ini, pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pembesar suara stereo, port USB-C, dan bicu audio 3.5mm.

Di dalamnya pula disediakan pemprosesan MediaTek Helio G85 dengan GPU Mali G52 MC2. Hanya satu pilihan memori ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu RAM 6GB bersama-sama storan dalaman 128GB. Telefon pintar yang menawarkan sokongan RAM maya sehingga 5GB ini juga menyedikaan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan pengecasan berbalik 5W.

Terdapat empat pilihan warna yang disediakan untuk telefon pintar yang menggunakan antaramuka Infinix XOS 12 yang berasaskan Android 12 iaitu Sonic Black, Legend White, Tempo Blue dan Fantasy Purple.

Fotografinya pula menampilkan tetapan tri-kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 50MP dan dua sensor QVGA yang tidak dinyatakan. Pada sebelah depannya pula disediakan sebuah kamera 8MP.

Infinix Hot 20i

Infinix-Hot-20i malaysiaSeterusnya model yang lebih mesra bajet di dalam siri ini pula menyediakan skrin IPS 6.6-inci dengan resolusi 720 x 1612 piksel. Berbeza dengan model standard siri ini, Hot 20i tidak mempunyai output stereo untuk audionya. Malah, ia juga menggunakan port mikroUSB selain menempatkan pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya.

Di dalamnya pula dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Helio G25 dengan GPU PowerVR GE8320 bersama-sama RAM 4 GB dan storan dalaman 128 GB. Ia juga menyokong RAM maya sehingga 3GB dan menggunakan Infinix XOS 12. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh ini tidak menyokong pengecasan pantas, namun menyokong pengecasan berbalik 5W.

Tri-kamera pada belakangnya menawarkan satu kamera utama 13MP, bersama-sama dua kamera QVGA yang tidak dinyatakan. Kamera hadapannya pula hadir dengan satu kamera 8MP.

Harga Infinix Hot 20 dan Infinix Hot 20i di Malaysia

Infinix-Hot-20-series-20i-MalaysiaAnda boleh mendapatkan Infinix Hot 20 dan Infinix Hot 20i di pasaran Malaysia hari ini menerusi kedai-kedai fizikal yang sah di seluruh negara. Bagi pembelian secara dalam talian pula, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasminya di Shopee dari 11 November ini.

  • Harga Infinix Hot 20 – RM599
  • Harga Infinix Hot 20i – RM499

Tinggalkan komentar