Utama Android Infinix Infinix GT 30 Pro kini dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM1,299

Infinix GT 30 Pro kini dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM1,299

283
0

Infinix sebelum ini menyatakan akan melancarkan GT 30 Pro pada hari ini dan ia telah pun secara rasminya di Stadium Juara, Bukit Kiara petang tadi.

Telefon pintar ini menampilkan skrin AMOLED 1.5K 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits dengan sokongan HDR10+. Di dalamnya ia didatangkan dengan MediaTek Dimensity 8350, memori 12GB serta pilihan storan 256GB dan 512GB. Baterinya pula berkapasiti 5,500mAh dengan pengecasan berwayar 45W dan 30W secara nirwayar.

Untuk pengimejan, Infinix GT 30 Pro mempunyai kamera utama 108MP, dan kamera bersudut lebar 8MP di belakangnya. Manakala di hadapannya pula disediakan sebuah kamera 13MP.

Dari segi perisian, ia menggunakan antaramuka XOS 15 yang berasaskan Android 15. Lain-lain ciri yang disediakan termasuklah pengimbas cap jari terbina bawah paparan dan butang bahu berkapasitatif GT Trigger dengan kadar pensampelan sentuhan 2,160Hz.

Harga Infinix GT 30 untuk storan berkapasiti 256GB dijual pada harga RM1,299 dan boleh didapati dengan pilihan warna Dark Flare, Shadow Ash dan Blade White. Model 512GB pula hanya boleh didapati dengan pilihan warna Dark Flare dan berharga RM1,499. Anda boleh mendapatkannya menerusi wakil pengedar yang sah, atau secara dalam talian di LazadaShopee dan TikTok Shop.

Tinggalkan komentar