Kerajaan Indonesia telah menarik balik penggantungan lesen operasi TikTok sehari selepas platform media sosial itu membekalkan data yang diminta mengenai aktiviti semasa tunjuk perasaan antikerajaan pada Ogos lalu.

Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia mengumumkan pengaktifan semula lesen aplikasi perkongsian video tersebut pada lewat Sabtu (4 Oktober), beberapa jam selepas penggantungan sementara dikenakan.

Ketua Pengarah kementerian itu, Alexander Sabar berkata, TikTok telah memenuhi kewajipan dengan berkongsi data berkaitan ciri siaran langsung yang diminta pihak berkuasa.

“Berdasarkan pematuhan terhadap kewajipan tersebut, Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital mengaktifkan semula status TikTok sebagai pengendali sistem elektronik berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan.

Penggantungan sementara itu dikenakan kerana TikTok didakwa tidak menyediakan data mencukupi mengenai aktiviti untuk ciri siaran langsung semasa protes pada Ogos lalu, yang tercetus selepas kematian Affan Kurniawan yang dilanggar kenderaan polis.

Tinggalkan komentar