Utama Teknologi GovTech Individu boleh mengisi RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter berulang kali...

[KEMASKINI] Individu boleh mengisi RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter berulang kali dalam sehari

142
0

[Kemaskini: 9:15 PM, 23 Sept 2025] Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah menjalskan skim subsidi BUDI95 tidak akan mengehadkan jumlah pengisian oleh individu dalam sehari selagi tidak melepasi kuota bulanan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan laporan dari Malay Mail, menteri berkenaan menyatakan kawalan yang lebih ketat akan dilaksanakan. Namun rakyat Malaysia dibenarkan untuk membuat pengisian petrol berulang kali pada kadar harga subsidi tersebut dalam sehari.

Kerajaan akan memantau sebarang aktiviti yang meragukan dan menghalang penyalagunaan subsidi yang ketara.


[Laporan asal] Langkah kawalan yang lebih ketat akan diperkenalkan bagi mengelakkan penyalahgunaan subisidi petrol RON95 yang ditetapkan pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini. Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pihaknya mempunyai mekanisme untuk menghalang penebusan berulang kali dalam sehari.

Ia bertujuan bagi memastikan hanya penerima yang layak dapat menikmati petrol bersubsidi. Kumpulan yang lebih memerlukan seperti pemandu e-hailing boleh memohon untuk penggunaan lebih dari 300 liter sebulan dengan sokongan syarikat.

“Kalau kelayakan itu ada, mereka boleh memohon dengan sokongan syarikat. Kita boleh mengesahkan penggunaan tersebut melalui rekod sistem e-hailing sama ada benar-benar digunakan untuk bekerja. Kerajaan juga tidak akan membenarkan penggunaan yang terlalu banyak dalam sehari,” katanya kepada pemberita.

Subsidi petrol RON 95 ditetapkan pada harga RM1.99 seliter boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia menggunakan MyKad dan lesen memandu yang sah dengan kuota 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing dan p-hailing boleh mendapat pengecualian had dengan pengesahan dari syarikat masing-masing.

Stesen-stesen minyak telah menjalankan persiapan mencukupi bagi melaksanakan program ini yang bermula serentak di seluruh negara pada 30 September ini, menurut menteri lagi.

Tinggalkan komentar