Siri Huawei Y bakal menerima ahli keluarga terbarunya, Huawei Y5 2019. Direka khusus untuk pasaran bajet, telefon ini agak unik berbanding keluaran yang setara dengannya kerana menampilkan kemasan mirip kulit pada bahagian belakangnya.

Selain itu, telefon pintar ini juga menyediakan pilihan warna terhad yang dikenali sebagai Amber Brown. Y5 2019 juga boleh didapati dalam pilihan warna metalik lain seperti Midnight Black dan Sapphire Blue.

Dilengkapkan dengan cipset MediaTek Helio A22 MT6761, Y5 2019 juga menawarkan paparan HD 5.71-inci. Bagi pasaran Malaysia, telefon ini didatangkan dengan RAM 2GB dan storan dalaman 32GB bersama-sama dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB.

Untuk kameranya pula, Y5 2019 menawarkan kamera 13MP f/1.8 di belakangnya. Manakala kamera swafoto pula, ianya hadir dengan kamera 5MP f/2.2. Melengkapkan spesifikasinya, telefon ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 3020mAh.

Pada harga RM 459, telefon pintar terbaru keluaran Huawei ini bakal menemui anda di wakil pengedar Huawei yang sah di seluruh negara bermula dari 31 Mei ini.

Maklumat lanjut, kunjungi halaman rasmi Huawei Malaysia

Tinggalkan komentar