Huawei baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahannya yang power, Honor 7X di China. Sungguhpun telefon pintar ini boleh dikategorikan sebagai kelas pertengahan, ciri dan spesifikasi yang ditawarkan olehnya kelihatan premium.
Menampilkan paparan 5.93-inci dengan nisbah 18:9, Honor 7X menawarkan kejelasan yang tinggi melalui saiz resolusi maksimumnya, 1080 x 2160p (420ppi). Telefon pintar terbaru di bawah jenama Honor ini turut menawarkan chipset Kirin 659 sebagai teras kuasa utamanya, berserta kuasa pemprosesan grafik Mali-T830 MP2.
Tidak ketinggalan, Honor 7X turut menyediakan RAM 4GB dan juga slot storan tambahan mikroSD yang boleh dipertingkatkan bersama-sama kapasiti storan dalaman mengikut pilihan dari 32GB hingga 128GB berdasarkan model. Bateri yang digunakan oleh telefon pintar ini berkapasiti 3,340 mAh.
Pada bahagian kameranya pula, dibelakangnya disediakan tetapan dwi-kamera 16MP+2MP. Manakala bahagian hadapannya pula disediakan kamera 8MP. Kira lepas la nak tangkap gambaq selfie satu. Tidak lupa juga, telefon pintar ini turut menyediakan penderia cap jari bagi menambahkan lagi ciri keselamatannya.
Oh ya. Telefon pintar ini tidak begitu bodoh untuk tidak menyertakan bicu audio sepetimana telefon pintar berjenama buah-buahan yang popular tu. Bicu audio 3.5mm tersedia pada sebelah kanannya.
Honor 7X menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan antaramuka EMUI 5.1. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu – Emas, Biru dan Hitam. Model 32GB akan dijual pada harga 1300 CNY (~RM830) diikuti dengan 1700 CNY (~RM1100) untuk model 64GB dan yang terakhir 2000 CNY (~RM1300) untuk kapasiti yang paling besar, model 128GB.
Setakat ni tak tau lagi bila telefon pintar ni akan sampai ke Malaysia.
Sumber berita diperoleh dari Android Central














So apa beza dgn huawei nova 2i?