Huawei diketahui terlibat dalam sejumlah industri merangkumi telefon pintar, telekomunikasi, dan juga televisyen pintar. Beberapa hari lalu, Huawei telah mengumumkan pelancaran modul pengecasan pantas terbaru, Huawei HiCharger DC pada 24 April ini.
Modul pengecasan pantas ini akan digunakan sebagai kaedah pengecasan pada infrastruktur tenaga.
Projek ini diusahakan bersama dengan sebilangan jabatan-jabatan elektrik China seperti Grid (Beijing), Xingxing Charging (Changzhou), Nanwang Electric (Shenzhen), China Merchants Sanyou (Beijing), Zhuhai Titan (Zhuhai), Dalian Robinson (Dalian) dan lain-lain.
Pelancaran modul pengecasan pantas HiCharger DC ini menandakan secara rasminya Huawei telah memasuki ke dalam bidang kaedah pengecasan. Barisan produk-produk tenaga Huawei merangkumi empat bidang iaitu tenaga pusat data, tenaga komunikasi, fotovoltan pintar dan elektrik pintar.













