Tidak seperti siri P20 dan P30, siri Huawei P40 hadir dengan model yang lebih tinggi spesifikasinya dari model Pro. Model yang dikenali sebagai P40 Pro+ ini memberikan kelebihan tersendiri pada ciri fotografi yang sinonim dengan siri Huawei P melalui dua lensa telefoto yang berkeupayaan zum 100x.

Dikuasakan oleh cipset Huawei kegunaan umum peringkat tertinggi setakat ini, Kirin 990 5G, telefon pintar dengan penarafan IP69 ini didatangkan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 512GB. Bateri yang digunakan oleh P40 Pro+ ini sama kapasitinya dengan P40 Pro iaitu 4,200mAh.

Tidak seperti P40 dan P40 Pro, P40 Pro+ akan mula dijual selepas tarikh 11 April. Tarikh pelancarannya setakat ini masih belum diumumkan oleh Huawei.

Sungguhpun begitu, Huawei mengumumkan harga jualannya di pasaran Malaysia adalah pada RM4,999.

Tinggalkan komentar