Portal Winfuture hari ini telah mendedahkan imej pengolokan Huawei P30 dan P30 Pro yang tertiris. Terdahulu, terdapat pelbagai desas-desus mengenai model terbaru dari Huawei ini yang dikatakan amat berbeza dengan telefon pintar siri Mate.

Berdasarkan pendapat pihak Winfuture, salah satu dari empat kamera utama Huawei P30 Pro bakal dilengkapi dengan sebuah kamera zoom optikal 10x. Di bawah flashnya dijangkakan ianya bakal menempatkan penderia ToF yang membolehkan telefon pintar ini mengimbas persekitarannya secara 3D. Fungsi ini juga ditawarkan pada Honor View 20.

Dari segi rekaan, P30 dan P30 Pro kelihatan sama dengan kedua-duanya menawarkan tetapan tri-kamera pada kamera utamanya. Selain itu, kedua-duanya juga mempunyai paparan berbucu melengkung dengan takuk di atasnya yang menempatkan kamera swafoto. Pihak Winfuture turut berpendapat fungsi pengimbas cap jari mungkin terbina di dalam skrin memandangkan tiada sebarang penderia cap jari kelihatan pada rekaan luarannya.

Huawei P30 dan P30 Pro dijadualkan akan dilancarkan di Paris, Perancis 26 Mac ini.

Sumber berita diperoleh dari Winfuture

Tinggalkan komentar