Huawei telah mengumumkan kehadiran telefon pintar flagship terbaru keluarannya, Huawei P10 Plus untuk pasaran Malaysia. Sesuai dengan namanya, P10 Plus menawarkan perkakasan yang lebih baik dari apa yang ditawarkan oleh Huawei P10.

Antara yang paling menonjol adalah spesifikasi kamera belakangnya yang menampilkan tetapan dwi-kamera 20MP + 12MP dengan aperture f/1.8, berbanding P10 yang menawarkan aperture pada f/2.2. Oleh itu, secara teorinya kamera Huawei P10 Plus lebih bagus kerana memiliki aperture yang lebih luas berbanding Huawei P10.

Selain itu, P10 Plus turut menawarkan paparan yang lebih besar dan jitu dengan skrin IPS 5.5-inci 2560 x 1440. Storan dan RAM yang lebih besar, masing-masing 128GB dan 6GB berserta slot kad mikro SD, bateri berkapasiti 3,750 mAh dan tidak ketinggalan penderia cap jari. Cuma, untuk pemprosesannya sahaja yang masih sama dengan P10 dengan menawarkan HiSilicon Kirin 960.

Buat masa ini, Huawei P10 Plus di Malaysia hanya ditawarkan dengan dua pilihan warna – Graphite Black dan Dazzling Gold. Manakala dua lagi pilihan warna, Greenery dan Dazzling Blue dijangka bakal hadir lewat sedikit dalam tahun ini juga.

Huawei P10 Plus boleh didapati di kesemua kedai-kedai Huawei Experience Stores di seluruh Malaysia dengan harga saranan RM3,099.

Spesifikasi Huawei P10 Plus

  • Sistem Operasi: Android OS 7.0 (Nougat)
  • Paparan: IPS-NEO LCD 5.5 inci, resolusi 1440 x 2560 piksel
  • Chipset: HiSilicon Kirin 960
  • CPU: Octa-core (4×2.4 GHz Cortex-A73 & 4×1.8 GHz Cortex-A53)
  • GPU: Mali-G71 MP8
  • Kamera depan: 8 MP, f/1.9
  • Kamera belakang: Dual 20 MP + 12 MP, f/1.8, OIS, Leica optics, phase detection dan laser autofocus, dual
  • LED (dual tone) flash
  • Memori: 4GB atau 6GB
  • Storan: 64GB atau 128GB
  • Slot kad mikro SD: Ada
  • Sokongan rangkaian: GSM / HSPA / LTE
  • SIM: Nano SIM
  • WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, DLNA, WiFi Direct, hotspot
  • Bluetooth: v4.2, A2DP, LEGPS: Ada dengan A-GPS, GLONASS, BDS, GALILEO
  • Radio: Tiada
  • USB: v2.0, Type-C 1.0 boleh diterbalikkan

1 komen

Tinggalkan komentar