Pengedar telefon pintar terkemuka di Malaysia, DirectD telah menerbitkan sebuah imej acah yang mendakwa Huawei Nova 4e akan hadir ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi.

Jika apa yang diterbitkan oleh DirectD ini adalah benar, dijangkakan Huawei P30 Lite untuk pasaran Malaysia akan dikenali sebagai Huawei P30 Lite. Tambahan pula, model Huawei Nova 3e di dalam pasaran Malaysia pada asalnya adalah model Huawei P20 Lite.

Berdasarkan spesifikasi yang tertiris ke internet sebelum ini, Huawei Nova 4e dikuasakan oleh pemprosesan cipset Kirin 710 bersama-sama bateri berkapasiti 3,240mAh. Telefon pintar dengan kamera utama berketetapan tri-kamera ini turut menyediakan kamera swafoto 32MP.

Setakat ini masih belum ada info berkenaan bilakah telefon pintar terbaru Huawei ini mula dijual di dalam pasaran tempatan.

Tinggalkan komentar