Huawei Nova 4 secara rasminya akan memasuki pasaran Malaysia 14 Februari ini. Promosi pra-tempahan akan dibuka selepas Tahun Baru Cina dengan tawaran cenderahati percuma bernilai hingga RM400.

Huawei Nova 4 yang dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman bakal dijual pada harga RM1,899. Untuk menarik para pembeli membuat pra-tempahan, Huawei menawarkan set kepala Bluetooth dan sebuah pek cenderahati premium bagi pembeli yang membuat pra-tempahan di antara 8 hingga 13 Februari ini.

Telefon pintar yang mengutamakan fungsi swafoto ini hadir dengan paparan Full HD+ 6.4″ inci dengan menyertakan lubang kamera di atas paparannya. Ia menggunakan kuasa pemprosesan Kirin 970.

Untuk kamera utamanya, Huawei Nova 4 menyediakan tetapan tri-kamera dengan sebuah kamera 20MP f/1.8, sebuah 16MP f/2.2 untuk pengimejan bersudut ultra luas dan sebuah 2MP f/2.4 untuk menghasilkan kesan khas kedalaman lapangan.

Tidak ketinggalan, telefon pintar terbaru keluaran Huawei ini menawarkan bateri berkapasiti 3,750mAh dan dicaskan melalui sebuah port USB-C. Bersama-samanya turut disertakan sebuah adapter pengecasan pantas 18W (9V2A). Huawei Nova 4 menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie dengan antaramuka EMUI 9.0.1.

Maklumat lanjut layari laman web rasmi Huawei Malaysia

Tinggalkan komentar