Utama Tablet Huawei Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia pada harga...

Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia pada harga RM1,599

126
0

Huawei secara rasminya telah melancarkan MatePad 11.5 PaperMatte Edition ke pasaran Malaysia pada hari ini. Tablet baharu keluaran Huawei ini membawakan beberapa pembaharuan dari model sebelumnya.

Saiz skrinnya masih lagi sama iaitu 11.5-inci bersama-sama resolusi 2,456 x 1,600 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Memori dan storannya juga masih lagi kekal dengan masing-masing 8GB dan 256GB. Bezanya, pemprosesannya kali ini tidak lagi menggunakan Qualcomm. Sebaliknya ia kini menggunakan pemprosesan buatannya sendiri iaitu Huawei Kirin T82B.

Kuasa tablet ini diperoleh dari baterinya yang berkapasiti 10,100mAh, lebih besar berbanding model keluaran tahun lepas. Ia juga menyokong pengecasan berwayar 40W. Untuk kameranya pula, terdapat kamera 13MP di belakang serta kamera 8MP di sebelah hadapan tablet yang menggunakan sistem operasi Huawei HarmonyOS 4.3.

Turut disediakan untuk perisiannya, Huawei Notes yang dinaik taraf dan aplikasi GoPaint. Huawei Notes kini didatangkan dengan AI Hanwriting Enhance yang memperbaikkan tulisan tangan anda dengan dua font pilihan, Crescent dan Gibbous. Terdapat tiga pilihan berus yang boleh dipilih — 2B Pencil, Felt-tip Pen, dan Calligraphy Brush. Huawei Notes juga menyediakan Magic Memos dan Resource Centre.

Untuk aplikasi GoPaint pula, Huawei buat pertama kalinya menyediakan aplikasi ini ke dalam MatePad versi bukan Pro. Cuma bezanya beberapa ciri yang ada pada MatePad Pro tidak disediakan di dalam versi ini seperti Fluid Brush, Splatter Brush, Oil Painting Brush dan Animation.

Harga Huawei MatePad 11.5 2025 PaperMatte Edition di Malaysia

 

  • Huawei MatePad 11.5 2025 PaperMatte Edition – RM1,599

Bersama-sama tablet ini, ia didatangkan dengan Huawei Smart Keyboard di dalam kotak pembungkusannya. Anda boleh membuat pra-tempahan Huawei MatePad 11.5 2025 dengan membuat bayaran deposit RM50 sebelum atau pada 26 Ogos 2025 dan boleh menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM698 berbentuk:

  • Huawei M-Pencil 3rd-Gen
  • PC-Level WPS 2.0

Jualannya di pasaran tempatan bermula pada 27 Ogos 2025 dan anda yang berminat boleh mendapatkan MatePad 11.5 2025 PaperMatte Edition di kedai dalam talian rasmi Huawei di:

Tinggalkan komentar