Huawei baru-baru ini telah mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar mercu terbarunya Mate 30 pada 19 September 2019.
Di dalam pengumuman yang diterbitkan menerusi akaun media sosial dan juga laman rasminya, Huawei Mate 30 bakal dilancarkan di dalam sebuah acara yang akan dilangsungkan di Munich, Jerman.
Did you get it right? The countdown to #HuaweiMate30 starts now!
We’re going full circle in Munich on 19.09.2019.
Join us live: https://t.co/9ugi5gG9ci#RethinkPossibilities pic.twitter.com/etRYjrBVEC— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) September 1, 2019
Setakat ini tiada sebarang perincian rasmi mengenai spesifikasinya diumumkan. Berdasarkan maklumat-maklumat yang ditiriskan di dalam talian, Mate 30 dijangka akan dikuasakan oleh cipset terbaru Kirin 990, yang akan dilancarkan bersempena acara IFA minggu hadapan.
Bagaimanapun, telefon pintar mercu keluaran terbaru Huawei ini dijangka tidak boleh menggunakan perkhidmatan berkaitan Google di dalam Android seperti Google Services berikutan isu penggunaan lesen berdasarkan sekatan perdagangan yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sumber berita diperoleh dari Huawei













