Huawei secara rasminya melancarkan Nova 5 Pro di China baru-baru ini. Telefon pintar ini merupakan peringkat paling atas dikalangan siri Nova 5, dan dilengkapi dengan perkakasan yang hampir setara dengan siri P30.
Dari segi spesifikasi, Nova 5 Pro mempunyai panel belakang berkaca dan paparan bertakuk OLED 6.39-inci. Paparan yang disediakan merupakan sebuah panel HD+ Penuh dengan resolusi 1080 x 2340 piksel. Selain itu, paparan Nova 5 Pro juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang terbina dalam. Juga, ia juga dilengkapi dengan pensijilan TUV dan sokongan untuk DCI-P3.
Nova 5 Pro menggunakan pemprosesan mercu Huawei, Kirin 980, bersama-sama RAM 8GB, dan storan dalaman sehingga 256GB.
Berbeza dengan Pro P30, Nova 5 Pro didatangkan dengan slot kad mikroSD, yang membolehkan pengguna mengembangkan storan jika perlu. Untuk perisian, telefon pintar ini menggunakan OS Huawei EMUI 9.1.1 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh.
Untuk kamera, telefon pintar ini menawarkan konfigurasi kuad-kamera. Ia mempunyai penderia 49MP IMX586 Sony, lensa ultra lebar 16MP, penderia kedalaman 2MP, dan lensa makro 2MP. Menambah nilai kepada kamera ini, perisian kamera Nova 5 Pro turut membawakan sokongan untuk Mod Super Night, mod Potret, pengecaman suasana latar foto AI, serta ciri penaik seri wajah. Di bahagian depan, kamera swafoto 32MP f/2.0 ditempatkan pada takuknya yang berbentuk titisan air.
Nova 5 Pro menyediakan sambungan 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, port USB-C, dan juga bicu audio 3.5mm, sesuatu yang kadangkala tidak disediakan pada sesetengah telefon pintar mercu kebelakangan ini.
Harga untuk Huawei Nova 5 Pro bermula dari 2999 Yuan (~ RM1810) untuk varian 8GB + 128GB. Sementara varian 8GB + 256GB pula ditawarkan dari 3399 Yuan (~ RM2051). Telefon ini boleh didapati dalam empat pilihan warna berbeza iaitu: Dilemma Forest, Midsummer, Ungu, Orange Coral, dan Bright Black. Setakat ini, Huawei masih belum menyatakan ketersediaan dan juga harga Nova 5 Pro untuk pasaran Malaysia.
Selain Nova 5 Pro, Huawei juga mengumumkan Nova 5 dan Nova 5i. Nova 5 pada dasarnya adalah lebih kurang sama dengan varian Pro, menyimpan satu perbezaan. Cuma dibezakan pada jenis pemprosesan yang digunakan. Nova 5 tidak menggunakan Kirin 980, sebaliknya dilengkapi dengan pemprosesan terbaru 7nm Huawei, Kirin 810.

Sebuah lagi telefon pintar yang diperkenalkan, Nova 5i, pada asasnya ia merupakan P20 Lite versi China, yang dibezakan sedikit pada beberapa ciri. Ia menggunakan pemprosesan peringkat pertengahan Kirin 710, bersama-sama RAM 8GB, dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan. Ia juga mempunyai sistem kuad-kamera di bahagian belakang, namun tidak seperti dua varian lain Nova 5, ia tidak menyediakan penderia 48MP Sony IMX586.
Ia juga tidak mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan. Sebaliknya, pengimbas cap jari fizikal ditempatkan di belakang telefon. Seperti Nova 5 Pro, masih tiada lagi pengumuman mengenai Nova 5 dan Nova 5i untuk pasaran tempatan.
Sumber berita diperoleh dari GizmoChina













