Sejak bermulanya kerja-kerja pemasangan infrastruktur dan pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh dunia, penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi di seluruh dunia berlumba-berlumba menjadi antara yang terawal untuk mendapatkannya. Seterusnya, mendorong peralatan-peralatan telekomunikasi menjadi pilihan hampir dua pertiga dari rangkaian-rangkaian 5G di seluruh dunia, menurut salah seorang Pengerusi Huawei, Encik Ryan Ding.
Sebagai pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia, Huawei telah berjaya mendapatkan 50 kontrak rangkaian 5G komersil dari seluruh dunia selain dari China. Menurut Ryan Ding lagi, Huawei telah menghantar sejumlah 150,000 stesen pemancar ke seluruh dunia setakat ini.
Kontrak rangkaian 5G di seluruh dunia nampaknya tidak begitu terkesan sungguhpun diberi tekanan oleh A.S. yang menyeru supaya sekutu-sekutunya turut sama membuat sekatan terhadap Huawei. Mei baru-baru ini pentadbiran Presiden Trump telah menyenarai hitamkan Huawei dari sebarang urusan perdagangan dengan A.S.
Pengusaan Huawei dalam telekomunikasi di A.S. tidak begitu meluas secara keseluruhannya. Namun, peralatannya amat penting dan diperlukan bagi kawasan-kawasan luar bandar dan terpencil di seluruh A.S. yang bergantung dengannya atas faktor prestasi teknologinya dan kos penjimatan.
Di luar A.S. dan China, Huawei menarik bakal-bakal pelanggannya dengan menawarkan perjanjian tiada ‘backdoor‘ dengan pihak kerajaan tempatan sebagaimana yang dilakukan di U.K. dan India.
Huawei kini sedang bersaing rapat dengan Nokia dan Ericsson dalam menyediakan rangkaian 5G di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Huawei, Encik Ren Zhengfei memaklumkan sekatan perdagangan ini sedikit sebanyak menjejaskan keuntungan jangka pendek syarikat yang berpangkalan di Shenzhen ini. Jumlah keuntungan di seluruh dunia dijangkakan merosot sebanyak $30 billion berbanding unjuran untuk tempoh dua tahun, manakala pengeluaran telefon pintar ke pasaran luar negara merosot 40%.
Sumber berita diperoleh dari CNET













